Makan Di Raffles Marina

July 21st, 2010 by admin 0

Semalam macam biasa Pukul 5 sudah bangun pasal Si comel dah terjaga.Si comel lak asal bangun mesti nak meniarap dan kalau xder yang layan mula lah menyanyi.Walaupun hanya guna mata hati tetap bangun supaya si comel tidak melontarkan suaranya.

Pagi lak kena pergi Singapura untuk urusan PIM.seangkatan dengan FAT tetapi tidak lah detail sangat.Hanya untuk mencheckkan semua dokumen dan barang-barang offshore telah siap dibeli.Projek ini salah satu yang aku jaga dan kalau barang aku memang boleh jadikan aku jutawan sekelip mata.hehehehee.

Apa yang bestnya bila pergi PIM nie tentulah masa makan tengahari.Seperti biasa Principal akan membawa aku ke restoran seafood yang feymes,Raffles Marina.Boleh kata suasana dekat sini macam kedai mamak pasal terlalu ramai orang datang.View pun ok dikelilingi oleh kapal-kapal layar.

Dulu disini juga hampir aku Read the rest of this entry »

Warkah dari Paul a.k.a Octopus

July 12th, 2010 by admin 0

Penghantar : Paul

Penerima:
Seluruh Warga Malaysia

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana mempelawa saya menjadi warganegara di Bumi Malaysia.Setelah meneliti pelbagai faktor dan keadaan politik,maka lebih baik saya menolaknya.sebab saya kerana

1. Malaysia sudah ada Bomoh
Kalau saya ada di sana,kemungkinan saya akan menjejaskan periuk nasik bomoh-bomoh nombor ekor amat tinggi sekali.Ketepatan saya dalam memberi Read the rest of this entry »

Rumah Titian kasih-Bantulah kepada yang memerlukan

July 1st, 2010 by admin 0

Hari ini aku berasa alangkah baiknya jika menjadi pelarian di bumi Malaysia.Miskin sangatkah Malaysia sehingga penghuni rumah titian kasih terpaksa melangkah keluar dari satu rumah yang memberikan hanya sedikit kesenangan.

Mana dia persatuan NGO yang kononnya lantang memperjuangkan anak bangsa sendiri.sedih dan sayu melihat tangisan setiap penghuni rumah titian kasih yang dipaparkan oleh buletin utama sebentar tadi.Mungkin benar pepatah melayu “kera dirumah dihutan sedangkan anak dirumah mati tak makan”. Read the rest of this entry »

Jalan Jalan Ke Melaka

June 7th, 2010 by admin 1

Tempat : Hotel Ancasa Melaka

Masa : 12 pagi

Hari ini macam biasa bila tiba hari Isnin.Rasa malas nak pergi kerja sudah sebati dalam diriku.Tambah dengan hujan lebat lagi membuatkan tilam mengajak untuk kembali sambung tidur..Plan yang hendak ke kerja dengan menaiki bas terpaksa diubah kerana aku memilih untuk sambung tidur selepas solat.

hari ini misi yang patut aku jalankan adalah mencari tiket Ke Melaka.Dalam hati berfikir samada ke Seri Putri atau ke terminal larkin sahaja.Last mengikut gerak hati terus ke Seri Putri,Cari punya cari akhirnya aku memilih untuk Menaiki bas S & S pukul 6:30pm. Read the rest of this entry »

2 hari yang membosankan

May 26th, 2010 by admin 2

Semalam dan hari ini rasa berat sekali untuk melakukan aktiviti yang sepatutnya.Terlalu banyak benda yang bersarang dekat kepala tunggu untuk dilepaskan.Seperti biasa tugas dipejabat memang membosankan.Dari menunggu sebut harga dari prinispal hingga membalas emel kepada client.Semua berulang ulang seperti tengok cerita yang sama.Aku tak tahu apa pengalaman yang aku perolehi setelah bekerja disini.Yang pasti sekarang aku dah tahu serba sedikit jalan di Kuala Lumpur.Dan juga menjadikan seorang pemandu tegar.

Pemandu tegar kerana sekarang aku hanya memandu dari rengit ke Bukit Indah hampir setiap hari.Dengan Merc yang berbunyi setiap kali menekan brek hinggalah bergegar selepas menekan pedal minyak.Banyak juga berjasa Merc yang membantu aku berjalan hampir 80km setiap hari.Semua ini kerana aku dah terbiasa memandu Johor Read the rest of this entry »

Drogba,Kasut Emas Dan Juara Premier League

May 9th, 2010 by admin 1

Chelsea Memadamkan Impian Manchester United untuk muncul juara dengan membenamkan Wigan 8-0 pada aksi akhir piala liga semalam.Dengan drogba mencipta hatrik untuk memiliki kasut emas berbanding Wayne Rooney yang hanya bermain pada minit ke 77.

Aksi Wigan yang berjanji untuk menghalang Chelsea merangkul juara tersungkur apabila Gary Caldwell dibuang padang pada minit ke 31.

Black Dinner Nite

May 8th, 2010 by admin 2

Hensem tak person dekat sebelah itu.Biasa r dinner ikut cara orang corporat.

Tema malam tue pun Black gala Nite so memandangkan aku xpunya Blazer terpaksa memusing satu sabah untuk mencarinya.Satu blazer yang aku jumpa memang menawan hati tetapi harga nya sungguh membuatkan aku pikir 10 kali.Last last jumpa juga yang cheap tp exclusive.

Dinner ini sempena pameran oil N gas dekat Sutera Pearl harbour.Tempat memang ekslusif berdekatan pantai tetapi dinner ini dilakukan di one borneo.memang khas untuk VVIP.

Harga semeja pun sudah cecah 3k-5k.so kalau bahagi 10 berapa lah agaknya harga kerusi tue ek..Tetapi takper lah asalkan dapat experience makan dengan manager-manager oil n gas nie..

Terminal Larkin

April 30th, 2010 by admin 3

Hari ini sekali lagi aku berada di terminal larkin.Terminal yang selalu aku datang time cuti semester untuk balik ke kampung.Suasana boleh dikatakan berubah sama sekali.Jika 2 minggu lepas aku ke Tg Malim menaiki bas Selat Keris yang sungguh hampas,kali ini aku naik Transnasional pulak.Not bad r compare dengan Selat keris yang melelong penumpangnya.

Adakah ke patut ditinggalkan aku kat tepi lebuhraya.Nak sajer wat laporan kat LPKP tapi memandangkan aku tabah terpaksa jugak r menapak untuk sampai ke tol.Seram sejuk gak berjalan pagi-pagi tepi lebuhraya utara Selatan.Apa nak buat demi menuntut ilmu yang akhirnya berguna untuk aku.Di sana juga aku berjumpa dengan Alan,Airden,Kasyidi(dia yang perkenalkan aku dengan higoat.

Jika dulu aku kata terminal Larkin ada bermacam perubahan kerana sini semua keadaan terkawal.Manusia bertambah ramai dan Mcdonald pun ada(senang untuk guna wifi)Kawasan dalaman pun bersih dan siap ada eskalator untuk memudahkan Orang ramai bergerak.

keputusan liga juara-Inter langkah ke final

April 28th, 2010 by admin 0

Mourinho sekali lagi menjadikan beliau sebagai spesial one apabila membawa Inter Milan melangkah ke final buat kali kedua selepas Porto.Keputusan liga juara pagi tadi telah melayakkan Inter Milan ke Final walaupun tewas 1-0 kepada Barcelona.

Jaringan Gerard Pique pada masa ke 84 masih belum mampu untuk barcelona mengatasi aggegrat 3-2 yang dimenangi Inter pada pusingan pertama.

Barcelona kelihatan berpeluang untuk mengurangkan defisit gol apabila Inter terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Thiago Molta dikenakan kad merah kerana mengasari Sergio Busquets.

Pada final liga nanti Inter akan bertemu Bayern yang telah mengalahkan Lyon pada hari sebelumnya

biskut punya pasal

April 28th, 2010 by admin 1

Dua hari lepas memang aku rasa pengalaman yang tak boleh dilupakan.Sebab kisah nie terjadi waktu malam lak tue.

Sekarang nie memang jadi lumrah bangun setiap 3 jam untuk buatkan susu untuk putera sulung aku dengan wife.

Walau pun penat tapi dah tanggungjawab kena lah gagahkan juga. Read the rest of this entry »