Bukan Sekadar Bicara

Menulis bukan kerana nama

    You are here: Home > Personal > 2 hari yang membosankan

May

26

2 hari yang membosankan

Posted By: admin on May 26, 2010 at 1:49 pm

Semalam dan hari ini rasa berat sekali untuk melakukan aktiviti yang sepatutnya.Terlalu banyak benda yang bersarang dekat kepala tunggu untuk dilepaskan.Seperti biasa tugas dipejabat memang membosankan.Dari menunggu sebut harga dari prinispal hingga membalas emel kepada client.Semua berulang ulang seperti tengok cerita yang sama.Aku tak tahu apa pengalaman yang aku perolehi setelah bekerja disini.Yang pasti sekarang aku dah tahu serba sedikit jalan di Kuala Lumpur.Dan juga menjadikan seorang pemandu tegar.

Pemandu tegar kerana sekarang aku hanya memandu dari rengit ke Bukit Indah hampir setiap hari.Dengan Merc yang berbunyi setiap kali menekan brek hinggalah bergegar selepas menekan pedal minyak.Banyak juga berjasa Merc yang membantu aku berjalan hampir 80km setiap hari.Semua ini kerana aku dah terbiasa memandu Johor Ke KL sebulan sekali.

Sebab aku menjadi tegar kerana terdapat 2 insan yang menanti setiap kali balik ke rumah.Insan ini yang memberi kekuatan dan semangat semenjak bergelar seorang bapa.Baru aku faham tanggung jawab seorang bapa bukan senang.Banyak yang menjadi keutamaan didahulukan.

Duhai anak,

mengertilah adat dunia,

bukan senang perjalanan yang ditempuh,

terlalu banyak cabaran yang mendatang,

Kadang membuat ayah terfana,

betapa kecilnya hidup ini,

Pernah ayah bertanya,

adilkah hidup ini,

Tika melihat kawan berjaya,

Sedangkan ayah tidak berdaya,

Tapi demi kamu anak,

Ayah tabahkan hati,

kerana kamu anugerah Ilahi.

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

    Filed Under: Personal
Digg it       Save to Del.icio.us       Subscribe to My RSS feed      
Add this to:

Leave a Reply


2 Responses to “2 hari yang membosankan”

  1. sangilapi says:

    apa nama anak,man ? :)

  2. Shaffik says:

    Haa..itulah penangannya bila menjadi seorang bapa kan…



Categories:



SEO Powered By SEOPressor