Bukan Sekadar Bicara

Menulis bukan kerana nama

    You are here: Home > Personal > Jalan Jalan Ke Melaka

Jun

07

Jalan Jalan Ke Melaka

Posted By: admin on June 7, 2010 at 4:49 pm

Tempat : Hotel Ancasa Melaka

Masa : 12 pagi

Hari ini macam biasa bila tiba hari Isnin.Rasa malas nak pergi kerja sudah sebati dalam diriku.Tambah dengan hujan lebat lagi membuatkan tilam mengajak untuk kembali sambung tidur..Plan yang hendak ke kerja dengan menaiki bas terpaksa diubah kerana aku memilih untuk sambung tidur selepas solat.

melaka

hari ini misi yang patut aku jalankan adalah mencari tiket Ke Melaka.Dalam hati berfikir samada ke Seri Putri atau ke terminal larkin sahaja.Last mengikut gerak hati terus ke Seri Putri,Cari punya cari akhirnya aku memilih untuk Menaiki bas S & S pukul 6:30pm.Tiket pun berharga dalam RM19.90.Memang hendak mengambil awal dalam pukul 3 tapi prinsip kerja aku @ code of etchic membuatkan aku memilih lewat sedikit.

Cuma masa yang jarang aku etchic  kan.Kalau ada sistem punch card memang aku aku jadi champion.Dah lah rekod cutu Sabtu aku yang pegang.Kalau MLM aku dah dapat pangkat Diamond.Dalam setahun cuma 3 kali Sabtu jer boleh.First aku jumpa undang2 macam nie..Betul 2 fleksibel..Selalu terlewat di opis dalam 5 hingga 10 minit.Bukan sengaja tapi aku mempunyai 3 jam yang patut aku ikut.Jam kereta yang awal 15 minit,Jam Henpon yang lewat 5 minit dan jam tangan yang awal 5 minit.so aku memilih begantung kepada keadaan dan masa.hehehehe.

Sampai di opis ada tender ict yg menanti aku yang diuruskan oleh budak admin(jangan xpercaya).Terpaksa r tolong sebab disuruh walau aku terpaksa menjaga 4 tempat yang hampir karam.Sampai sekrang aku masih tertanya apa Scope Of Work yang aku ada.Lagipun dateline aku dah dekat untuk aku bekerja cuma setahun setengah sahaja.Kalau tiada increment memang aku akan blah mencari tempat kerja lain pulak.

Akhirnya pukul 5 aku dah blah dari opis untuk menuggu bas S& S.Puas jugak tunggu dalam sejam lebih dan bas yang aku naik sampai di Melaka dalam pukul 9:30pm.Terpaksa sambar teksi dari Melaka Sentral ke Hotel Ancasa yang menelan aku RM 25.Tapi takper yang nie aku boleh claim asal ada resit.

Pemandu teksi:Mahu Pergi Mana

Aku ; Hotel Ancasa,Berapa tambang ek(ek menunjukkan aku semakin ke johoran)

Pemandu: Malam 30 ringgit,Kalau siang 25 ringgit

Aku: Tak pakai meter ker:

Pemamdu ;  teksi dekat melaka mana bermeter,

Aku : ok.

Aku pun xpasti betul ke tak kenyataan pemandu itu,tapi kalau betul memang aku tabik dekat LPKP.

So esok bermula hari pertama kursus di TM.

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

    Filed Under: Personal Tagged with ,
Digg it       Save to Del.icio.us       Subscribe to My RSS feed      
Add this to:

Leave a Reply


One Response to “Jalan Jalan Ke Melaka”

  1. rohaizad says:

    “Aku pun xpasti betul ke tak kenyataan pemandu itu,tapi kalau betul memang aku tabik dekat LPKP.”

    Haha…. itu ayat makan dalam … i Like!



Categories:



SEO Powered By SEOPressor