Bukan Sekadar Bicara

Menulis bukan kerana nama

    You are here: Home > Personal > Makan Di Raffles Marina

Jul

21

Makan Di Raffles Marina

Posted By: admin on July 21, 2010 at 6:06 pm

Semalam macam biasa Pukul 5 sudah bangun pasal Si comel dah terjaga.Si comel lak asal bangun mesti nak meniarap dan kalau xder yang layan mula lah menyanyi.Walaupun hanya guna mata hati tetap bangun supaya si comel tidak melontarkan suaranya.

Pagi lak kena pergi Singapura untuk urusan PIM.seangkatan dengan FAT tetapi tidak lah detail sangat.Hanya untuk mencheckkan semua dokumen dan barang-barang offshore telah siap dibeli.Projek ini salah satu yang aku jaga dan kalau barang aku memang boleh jadikan aku jutawan sekelip mata.hehehehee.

Apa yang bestnya bila pergi PIM nie tentulah masa makan tengahari.Seperti biasa Principal akan membawa aku ke restoran seafood yang feymes,Raffles Marina.Boleh kata suasana dekat sini macam kedai mamak pasal terlalu ramai orang datang.View pun ok dikelilingi oleh kapal-kapal layar.

Raffles Marina

Dulu disini juga hampir aku termakan daging B*&^.Pasal dia tulis bacon(korang cari r makna kat kamus),Mana aku tahu pasal memang spaghetti piza kesukaan aku.Tengok-tengok bila dah sampai aku tengok daging dia lain macam..Nasib baik iman masih kuat terus minta tukar yang lain.kalau tak ke haru jadinya.

Berbalik pada makanan tengahari,aku ingat nak bedal jer salmon,tapi tengok semua belum order terpaksa lah aku ambik yang murah sikit.Kira makan chicken tikka jer…Rasa pun quite ok dan memang aku yakin daging ayam 100%.So total aku makan dalam RM50 dan bagi aku harga sini still murah compare dengan Malaysia.Ini yang bestnya pasal Singapura.MOM(minister of Manpower) memang boleh diharap dan kualiti memang diutamakan.

Lepas jer balik dari lunch,memang ada terperasan banyak iklan jawatan kosong yang ditampal di pagar-pagar syarikat Oil & Gas yang boleh kalau nak hantar resume kita dekat sana.Sebab aku rasa untuk oil n gas better kerja di Singapura selain banyak peluang pekerjaan gaji yang dibayar pun tinggi juga.Compare aku dapat memang macam langit dengan bumi tapi aku bersyukur pasal sekarang aku dah ada perancangan lain.Apapun terpulang pada masing-masing pasal orang kata hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri.

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. biskut punya pasal Dua hari l

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

    Filed Under: Personal Tagged with
Digg it       Save to Del.icio.us       Subscribe to My RSS feed      
Add this to:

Leave a Reply




Categories:



SEO Powered By SEOPressor