Bukan Sekadar Bicara

Menulis bukan kerana nama

    You are here: Home > Personal > Warkah dari Paul a.k.a Octopus

Jul

12

Warkah dari Paul a.k.a Octopus

Posted By: admin on July 12, 2010 at 12:56 pm

Penghantar : Paul

Octopus

Penerima:
Seluruh Warga Malaysia

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana mempelawa saya menjadi warganegara di Bumi Malaysia.Setelah meneliti pelbagai faktor dan keadaan politik,maka lebih baik saya menolaknya.sebab saya kerana

1. Malaysia sudah ada Bomoh
Kalau saya ada di sana,kemungkinan saya akan menjejaskan periuk nasik bomoh-bomoh nombor ekor amat tinggi sekali.Ketepatan saya dalam memberi jawapan amat dicemburi oleh mereka.
selain itu saya takut Sport toto,magnum,kasino mahupun judi direban ayam akan bungkus kerana terlalu banyak pemenangnya.Tapi sekurangnya saya membantu mengkayakan makhluk yang tidak takut dengan Pencipta.

2. terlalu banyak politik di malaysia.
Keadaan politik yang colorful di sana amat menggerunkan sesungut dan memeningkan kepala otak sya.Walaupun diberi jaminan hanya bekerja 5 tahun sekali tetapi sya berasakan jaminan itu tidak mencukupi.I need more than that
Seperti di piala dunia,saya hanya diberi dua pilihan yang menyenangkan saya memilihnya.Saya hanya perlu masuk kepada kotak yang saya rasakan betul.Mudahkan kerja saya.
Tetapi di malaysia saya terpaksa memilih lebih dari dua kerana terdapat saudara saya yang suka melompat-lompat,so akan menyebabkan saya dipersalahkan oleh rakyat Malaysia.

3. Hanya ada kenderaan mahal,
saya telah diberi suaka politik oleh kerajaan Itali dan kemungkinan saya menaiki ferrari atau lambroghini amat cerah sekali.Di sana dengan gaji yang mahal amat berbaloi sekali kerana harga yang berpatutan.Berbanding dengan Keluaran sendiri yang amat membebankan keadaan poket2 saya.

4. Saya takut dengan chef Malaysia
Di sini tuan saya seorang chef tetapi beliau tidak tahu cara memasak saya.berlainan dengan Malaysia yang mempunyai kepandaian dalam memasak makanan amat mengecutkan hati saya.Saya takut dijadikan sambal sotong atau sotong goreng tepung jika saya salah membuat perkiraan.

nak menang jerr..kalah takmo..

5. Dan akhir sekali….
Saya ingin jadi jurulatih pasukan bola sepak
Berdasarkan keputusan saya yang memberi keputusan tepat dalam pemilihan pasukan,so saya amat layak sekali.Saya juga dapat menerima teguran tapi jika menegur saya berharap ada yang faham.Saya ingin melihat bendera Malaysia berkibar di Piala Dunia.Kalau Korea Utara yang mentah masih mampu bermain disana(sedih saya pemain sana gaji hanya rendah) inikan pemain Malaysia yang ditatang bagai minyak yang penuh.

So saya berharap warkah saya ini dapat jadi pengubat kepada peminat saya..jumpa lagi di Brazil nanti….

yang Ikhlas
Paul

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

    Filed Under: Personal Tagged with ,
Digg it       Save to Del.icio.us       Subscribe to My RSS feed      
Add this to:

Leave a Reply




Categories:



SEO Powered By SEOPressor